Wednesday, December 21, 2011

MINTALAH, MAKA AKAN KU KABULKAN...

"Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azab Mu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau"
[al-Raheq al-Makhtum: Seerah Nabawiyyah saw; Sheikh Abdurrahman al-Mubarakfuri]

Saturday, November 19, 2011

POLITIK: YA ATAU TIDAK?

Ya atau tidak, bergantung pada diri masing-masing.

Bergantung pada diri, sama ada menyakini yang zalim atau yang benar.

Bagi aku, aku tidak menentang yang zalim mahupun menyokong yang benar.

Kerana...

1 )  Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan (perkara) yang baik atau hendaklah ia diam..." [ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

      - Realitinya setiap parti politik ada baiknya ada buruknya, cuma berbeza pendekatan dan berbeza wadah. Namun mereka sesuka hati berkata apa yang mereka mahu bagi menjatuhkan sesiapa yang tidak sehaluan dengan mereka. Dari anda terus membuat dosa atas nama politik, apa kata anda bersama-sama membuat pahala dengan bekerjasama dan saling hormat menghormati.

2 ) Dari Abi Hamzah Anas bin Malik r.a. khadam Rasulullah saw dari Nabi saw, sabdanya, "Tiada beriman seorang dari kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya." [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

      - Malas aku nak cakap, korang tengok sendirilah kat televisyen dan surat khabar.

Thursday, November 17, 2011

MUHAMMAD SAW DAN KURNIA ALLAH SWT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

( 1 ) Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

( 2 ) Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. 

( 3 ) Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka, yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

( 4 ) (Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar. 

[Surah al-Jumu'ah 62: Ayat 1 hingga 4]

KEAMPUNAN

Kegagalan manusia bukan kerana benda

Kegagalan manusia bukan kerana manusia

Kegagalan manusia bukan kerana jawatan ataupun pangkat

Kegagalan manusia ialah gagal memohon keampunan dari Allah subhanahu wa ta'ala...

kerana ego dan kelalaian manusia itu sendiri...

"Dan orang-orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya." ~ al-Furqan 25:71~

Friday, November 11, 2011

11.11.11: MACAM-MACAM MANUSIA NI

Setiap hari Jumaat ialah hari yang cukup barakah bagi seluruh ummat Muhammad saw. Malah hari ini jatuh pada 11.11.11. Kebetulan? Wallahua'alam...

Namun manusia mula memberi pelbagai andaian, tafsiran malah ada juga yang ingin memperbaharui amal dengan kedatangan tarikh ini. D akhbar seperti The Times Of India melaporkan ramai orang India yang melangsungkan perkahwinan dah sebagainya.

KOCHI: Cosmic compatibility may be absent on Friday which marks the 11th day of the 11th month of the 11th year of this millennium, but11.11.11 has found many takers in Kerala. From weddings to shop openings to births and purchases of vehicles, this 'good look' date is the most expected one after January 1, 2000. 
The fact that 11.11.11 would appear again only after 100 years has added to the attraction of this date. No wonder many couples selected Friday to tie the knot and parents felt their baby should be born on this special day, preferably at 11 am or 11 pm. 
Actor and singer Mamta Mohandas is getting engaged to her childhood friend in Bahrain on Friday, adding a glam element to the whole hype surrounding the unique date. 
But astrologers feel that there is nothing significant about the date as far as Indian astrological beliefs are concerned. 
"Friday is not auspicious for wedding and other such ceremonies. The star is Karthika and it is good for wars and power games and not auspicious events. Many people have come to inquire about its possibilities, but they have been advised not to conduct any ceremony on this day," says astrologer K Divakaran. 
Numerologists too feel that the date has no special meaning as the number 8, the total of all numbers in the date, is called 'mortuary number' that does not offer any prosperity to the person concerned. 
"While 9 is the magical number, 8 does not have any special qualities and does not promise anything good. But since it is a rare date, its numerical vibrations will have an effect on people's thoughts," says Thiruvananthapuram-based numerologist Adarsh Kumar. 
But it has not deterred many parents who want to gift a fancy birthday to their babies. A good number of women whose delivery date is due in the next couple of days have set their eyes on Friday to become mothers through C-section, not waiting for a natural birth. 
"Since the star on Friday is a good one, many parents would be ready to go for it as there has been much publicity about it. And normally we oblige if the woman and her relatives want a C-section," says Dr Rajkumari Unnithan, gynaecologist of Sunrise Hospital. [Sumber dari http://timesofindia.indiatimes.com/city/kochi/No-cosmic-connection-11-11-11-is-just-a-no-/articleshow/10686742.cms ]

 Bagi yang pakar dalam numerlogi menganggap ia sebagai cukup istimewa. Namun biar apa pun yang mereka katakan, ianya hanyalah hari-hari biasa seperti mana Allah swt ciptakan. Bertuah atau tidak itu bergantung kepada yang  manusia usahakan, maka Dia mengizinkan rezeki kepada hamba-Nya, maka akan diberikan.

Semua bergantung kepada ketentuan Allah swt dan usaha manusia itu sendiri, tetapi beriktikad bahawa 11.11.11 sebagai hari dan tarikh yang bertuah ialah suatu perkara yang khurafat dan amat hampir dengan syirik.

Wednesday, November 9, 2011

Mengejar Sesuatu

Memang tidak dapat dinafikan yang setiap manusia wujud ada tujuan. Kewujudan kita akan sia-sia jika tanpa tujuan kerana itu yang akan membentuk akan diri kita ini di sepanjang jalan tersebut. Tetapi yang mana harus di pilih?

Apa kesudahannya?

Baik atau buruk?

Hidup atau mati?

Aku bukan insan yang memahami agama secara keseluruhannya dengan baik. Malah aku belum pernah belajar dengan mana-mana ahli agama yang betul-betul membuatkan minda ku berfikir dan adakala dapat mengeluarkan pendapat yang ku yakini ianya benar dari al-Qur'an dan Hadis, aku mohon ampun dari Allah jika pendapat ku membuatkan aku menegakkan sesuatu yang batil.

Ada kala diri aku merasa tertekan dengan keinginan manusia yang perlu aku penuhi, dalam masa yang sama kehendak Tuhanku seringku abaikan. Namun, aku masih lagi bersyukur kerana masih dikurniakan keinginan untuk lebih mengetahui ajaran agamaku.

BAHAGIAMU, BUKAN BAHAGIAKU???

Tidak hairan jika manusia gemar mengejar suatu yang digelar duniawi, kerana bagi mereka itu yang dikatakan sebagai kebahagiaan. Benar, ada manusia bahagia apa yang dia peoleh di dunia, namun kelak di merana di akhirat.

Ada manusia menderita di dunia, namun bahagia di akhirat. Namun, ada manusia yang ingin bahagia di dunia juga bahagia di akhirat. Jika tidak dirasakan pahitnya, mana mungkin rasa manisnya...

Aku mencari apa yang membuat hatiku rasa tidak tenteram, aku tahu bahawa manusia yang beriman hanya mengejar keredhaan Allah untuk mengecap kebahagiaan yang hakiki, namun apakah caranya?

TIDAK MENOLAK KEBENARAN

Aku solat, aku baca al-Qur'anul Karim, aku mengingati hadis-hadis yang ku hafal, aku selusuri sirah Baginda saw, as-Salafu as-Soleh, para tabi'in dan sebagainya. Perasaan seperti mereka yang berjuang demi Allah itu tidak kekal lama di hati.

Apakah hatiku sudah gelap, tanpa ada cahaya yang dapat menembusi agar kembali menyinar atau sudah mati hatiku untuk terus merasa takut akan balasan dari Allah terhadap hamba yang mengingkarinya.

Orang bijak pandai ada menyebut "Batu yang keras pun boleh retak, inikan pula hati manusia...".

Aku melihat ramai contoh manusia yang bertepuk nur hidayah Allah di hati mereka, namun apakah aku juga akan tergolong bersama-sama mereka?


Hanya Tuhan Yang Mengetahui Segalanya...

Tuesday, July 12, 2011

DULU LAIN, SEKARANG LAIN... ADOYAI...

Terbaik la... Sudah sekian aku menahan kemarahanku, akhirnya berjaya ku lepaskan jua kepada wahai tua kutuk tak sedar diri. Konon nak jadi legend kat kampus... Hamik ko.

Agak kecewa dengan sorang senior yang dah lama aku kenal sejak aku asasi lagi. Rupanya talam dua muka, selama ni dia hanya mengenali junior hanya atas sebab-sebab tertentu untuk kepentingan peribadi. Selalu cakap bab agama, tapi dia sendiri yang tak buat... ape cer? Tapi takpe, biar Allah penilai segala-galanya, janji aku dah jalankan bahagian aku, selebihnya Allah yang tentukan...

Aku hanya doa agar dia sentiasa baik dan lebih baik, kerana itu tanda sayang ku kepada sebagai saudara seagamaku...

Saturday, July 2, 2011

THE BIG BIJAN AVANTO MARCELLO DE ALFONSO

Hahaha... Pelik sikit entri aku kali sebab hari ini (3 Julai) sahabat merangkap adik (bagi aku dah macam adik beradik la kan..) akan bermalam kat rumah aku di Muadzam Shah. Kalau ikut jadual atau kalender akademik, dia ni sepatutnya bercuti selama 3 bulan... maksudnya (mengikut kebiasaan pelajar UNITEN) akan pergi jauh dari Muadzam Shah. Boring agaknya sebab tu datang.

Aku mula kenal Zairi a.k.a Bijan bila dapat tau dia ni adik pada member aku yang merupakan akak dia. Orangnya gila-gila, bukan gila, tapi nak dekat-dekat la. Sekarang ni aku taktau apa perancangan dia datang ke Muadzam Shah, mungkin jumpa saudara kembar aku, Hafizul Jamil. Mungkin jugak nak lepak-lepak... Wallahualam...

Just wait and see...

Friday, July 1, 2011

Nasyid Retro?

Lamanye aku tak update, dah bersawang blog aku ni. Sekarang ni aku tengah mencari lagu-lagu nasyid lama, rasa seronok bila dengar semula lagu-lagu ni, seperti kembali nostalgia lama waktu zaman kecik-kecik dulu. Rindunya zaman kanak-kanak. Tapi itu fitrah kejadian Allah, ada yang muda dan ada yang tua, tiada siapa yang dapat kekal muda atau tua sentiasa.

Sekarang kebanyakkan kumpulan nasyid kontemporari dah banyak menyanyikan semula lagu-lagu lama atau boleh di ertikan dengan memberi nafas baru sebab semua lagu ini merupakan khazanah berharga kepada usaha da'wah Islam. Dengan memberi pengolahan dari susunan muzik, insyallah remaja lebih tertarik untuk mendekati Islam dengan sesuatu yang 'fresh'.

JOM LAYAN NASYID...HIBURAN MENDIDIK JIWA...

Monday, June 20, 2011

Mindless Zombie

Aku ada perasan, tapi mcam tiada perasaan...

Aku percaya yang Allah itu wujud, tapi aku rasa macam tiada di qalbu aku...

Aku ada ilmu, tapi ilmu tak memberi kesan apa-apa ke atas diri aku...

Rasanya kalau ada yang nak maki aku  sekarang ni pun boleh sebab aku tak rasa apa-apa...

An empty mind, no feelings, no emotion, don't care anything happen around me but the thing is there is one thing still inside my head that makes me can think is the things that i know, that i learn formal and informal.

Ada jugak rasa macam rasa pedih kat hati, (maybe the feelings) tapi tak boleh luahkan atau tunjukkan bukan sebab aku kawal perasaan dan sebagainya, tapi memang tak boleh...

Aku risau, tapi macam tak risau...

Aku berdendam tapi macam tak berdendam...

Aku nak menangis tapi aku tak boleh menangis...

Hanya boleh rasa kat hati je...

Wallahualam...

Sunday, April 24, 2011

Ummat Islam Sentiasa Boleh

Yup! Apa yang orang Islam tak boleh buat? Cakap je.

Tak solat?

Zina?

Pecah amanah?

Tak tutup aurat?

Hisap dadah?

Senang kata semua boleh, tapi masalahnya semua tak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada Islam malah menambah fitnah kepada Islam. Dari situ Islam di pandang hina, teruk, tak boleh pakai, sedangkan Islam merupakan agama yang benar & ajarannya selari dengan fitrah kejadian manusia. Sebab itulah ummat Islam gagal untuk berdakwah kepada mereka yang bukan Islam. Dakwah Islam bukan hanya tertumpu pada Muslim sahaja tetapi bukan Muslim juga.


DAKWAH BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI



[2] Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? [3] Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salam, Ya Mu'min, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir.. Kirimkanlah kepada 9 orang Asma Allah ini, insyallah kamu akan mendapat berita baik esok. Siapa yang tidak menghiraukannya maka akan mendapat nasib buruk selama 6 tahun. Apakah anda tidak mahu mengorbankan 9 sen kerana Asma Allah? Dalam waktu 1 jam anda akan mendapat rezeki yang tiada tara jumlahnya. Jangan dipermainkan. Demi Allah, ini amanah & jangan padam sebelum dikirimkan kepada 9 orang." begitulah mesej yang saya terima dari seseorang yang saya kenal.

Pelik dan teruknya orang Islam sekarang. Mengajak orang berda'wah dengan cara mengugut. Kenapa ummat Islam begitu mudah percaya pekara seperti ini? Sedangkan kita adalah ummat Iqra', ummat yang berilmu tetapi kenapa masih ada yang melakukan perkara ini? Da'wah tidak kena pada caranya, biarpun niatnya baik. 

Niat tidak menghalalkan cara.

Saya paling suka ayat "...Siapa yang tidak menghiraukannya maka akan mendapat nasib buruk selama 6 tahun..." Siapa diri ini kita untuk mengatakan orang lain akan menimpa nasib buruk dang sebagainya? Allah tidak pernah menjatuh kesusahan kepada hamba-Nya melainkan mereka sendiri yang melakukannya.

KITA MULIA HANYA DENGAN ISLAM


Kita merupakan ummat yang hanya mulai dengan memilih Islam sebagai cara hidup, jika kita pilih selainnya maka Allah SWT akan gantikan dengan suatu ummat yang lain. Mahukah kita perkara ini berlaku?

Ummat Islam terdahulu telah membuktikkannya, mengapa kita tidak mahu mengecap kemulian ini?


MENUJU WAWASAN - Suara Firdaus


Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh,

Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat Islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha, bersatu tuju
wawasan dunia dan akhirat
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh.

wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amaanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah

akidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
ulama warisan anbiya'
ajaran sesat wajib dihindari
pegangan mereka harus diikut


Wednesday, April 6, 2011

Tauhid Itu Wajib

Manusia mana yang selalu ingat Allah ketika mana senang & susah yang di alaminya di dunia ni? Ada, tapi tak ramai. Mengapa jadi begitu? Bukankah ramai di antara kita yang lahir dari ibu muslim dan bapa muslim?

Sekarang jika lihat ramai yang tidak mengerjakan apa yang Allah perintahkan untuk hambanya lakukan... Orang tak solat fardhu sudah menjadi perkara biasa, tidak menutup aurat (bukan sekadar tutup rambut sahaja) sudah menjadi lali, pergaulan bebas antara lelaki & perempuan adalah suatu yang 'normal', baik lelaki mahupun perempuan, baik yang tua mahupun yang muda.

TAK KENAL TUHAN

"Nabi ajar sahabat untuk kenal Allah dahulu, bukan kenal sejadah..." salah seorang pensyarah saya ketika tazkirah zuhur di Balai Islam.

Awal-awal agama adalah mengenal Tuhan

Hakikatnya ramai tak 'kenal' Allah, tempat mereka untuk memohon ketika susah, kecewa, sedih... ketika senang, bagaimana pula? Allah bukan di ingatan meraka, bukan di mulut mereka, apatah lagi di hati mereka. Adakala saya sendiri pelik, kenapa jemaah tabligh (saya tidak katakan mereka teruk atau salah) hanya mengajak orang untuk solat tetapi bukan mengajak orang mengenal Tuhan kerana itu Sunnah Rasulullah yang paling besar yang wajib (bukan patut tetapi wajib) kita laksanakan sebagai muslim.

Nabi & rasul mana yang Allah utuskan kepada sesuatu ummat, mengajak ummatnya untuk solat dahulu? Tiada, semua mengajak ummatnya untuk mengenal Allah, Tuhan Yang Esa yang tiada sekutu baginya.


TAK TAKUT TUHAN

Sebab tu, ramai yang tak risau dengan azab yang bakal menimpa mereka di neraka kelak dan tidak benar-benar mengejar syurga akhirat kerana telah merasa syurga dunia.

Ya Allah, janganlah Engkau palingkan kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi

Tuesday, March 15, 2011

Kepada-Nya Kita Kembali

16 Mac 2011

Hari yang cukup sedih bagi diri saya. Sebentar tadi (pada pukul 11.44 pagi) saya menerima berita melalui sms daripada salah seorang sahabat yang mengata Khairan Sharmiza, yang secara peribadi saya anggap seperti kakak saya sendiri telah kembali ke rahmatullah di Hospital Segamat. Beliau terlibat dengan satu kemalangan jalan raya di Segamat. Saya jadi tak keruan memikirkan arwah yang begitu ceria, banyak membantu sahabat yang lain dengan secara tiba-tiba... dirinya sudah tiada lagi. Tapi, kita sebagi manusia biasa kena akur dengan ketentuan Ilahi. Dari Allah kita datang, kepada-Nya jua kita kembali...

 Dalam Kenangan 
Khairan Sharmiza @ Kak Miza
~16 November 1988 - 16 Mac 2011~

 Hilangnya sebuah senyuman

KAU PERGI

Thursday, February 10, 2011

CINTAKAN RASULULLAH?

Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”


Dimana rasa cinta & kasih kita kepada penghulu sekalian nabi dan rasul?

Sayangnya Rasulullah saw kepada kita tak ubah seperti sayang dan kasihnya seorang ibu kepada anak-anaknya. walaupun Baginda belum pernah jumpa kita. Rasulullah tak perlu kenal kita, tak perlu bertemu dengan kita, namun cintanya kepada ummatnya cukup agung.

Namun, jelas kelihatan, cinta kita pada Rasulullah hanya di bibir. Hakikatnya kita tidak kenal siapa Rasulullah, kita tidak cintakan Rasulullah, kita ingkar Sunnahnya, kita abaikan ajarannya.

Sahabat, dimana kita akan minta pertolongan (syafa'at) di akhirat kelak kalau bukan daripada Rasulullah? Layakkah kita menjadi ummatnya? Layakkah kita untuk mendapat syafa'atnya?


Tuesday, February 8, 2011

U-Turn To Allah...

I'm all ready lost my hopes.

I don't know what to do with my life.

I always want to learn the way how the ulama (religious scholar) learn. But I'm on a dilemma between whether to continue my study with all the mungkar's way of earning knowledge or stop and continue at the other place. It may seem not very important, but for me, its really important. For instance, if I graduate, with my haram degree qualification. With that qualification I get a job, and the wages that I wil get is also haram although the work that I do legal according to syariah. But nowdays, everything is about money. I cannot  suddenly go other place and learn at that place for free

I remember how the beloved Prophet Muhammad (peace and blessing be upon him) lost hope during his preaching to the people of Ta'if. Prophet Muhammad (peace and blessing be upon him) seat on numerous orchards and rested against the wall of a vineyard. At a time when the whole world seemed to have turned against him, Prophet Muhammad (peace and blessing be upon him) turned to his Lord and betook himself to prayer and the following touching words are still preserved as those through which his oppressed soul gave vent to its distress. He was weary and wounded but confident of the help of his Lord:

liking pray Pictures, Images and Photos
"O Allâh! To You alone I make complaint of my helplessness, the paucity of my resources and my insignificance before mankind. You are the most Merciful of the merciful s. You are the Lord of the helpless and the weak, Lord of mine! Into whose hands would You abandon me: into the hands of an unsympathetic distant relative who would sullenly frown at me, or to the enemy who has been given control over my affairs? But if Your wrath does not fall on me, there is nothing for me to worry about." 
"I seek protection in the light of Your Countenance, which illuminates the heavens and dispels darkness, and which controls all affairs in this world as well as in the Hereafter. May it never be that I should incur Your wrath, or that You should be wrathful to me. And there is no power nor resource, but Yours alone."  [al-Raheeq al-Makhtum: Sirah Nabawiyyah saw, Saifur Rahman al-Mubarakpuri]
 My Lord, to You only I seek help from all my problem. And only You have the better choice for my dilemmas. Please help me, please help me, O Allah.... 

Thursday, January 27, 2011

Masa: Guna Dengan Bijaksana

Dah mula cuti mid-semester yob, balik Perak le... dalam sibuk mem'packing' barang, baru teringat, selama ni aku balik, pejam celik pejam celik dah kena balik universiti. Kejap je rasa masa tu berlalu.

Insyallah, aku cuba atur jadual supaya tiada masa yang terabai atau leka buat benda yang tak berfaedah. & sia-sia dalam masa yang agak terhad sebab semakin kita menuju akhir zaman ini, semakin ramai yang mengabaikan masa atau menggunakan masa dengan perkara yang lagha (sia-sia).

Walaupun dapat cuti seminggu je, ia cukup berharga...MASA ITU EMAS. Masa, boleh kita beli dengan wang ringgit? Hatta disuruh tukar dengan nyawa sekalipunpun, belum tentu kita dapat tukar dengan 1 saat yang berlalu pergi meninggalkan kita.

Masa umpama harta yang banyak, masa itu ibarat pedang...


Lalai dalam mengurus masa sama seperti lalainya kita dalam mengurus  wang ringgit atau harta. Bukan senang-senang nak cari harta sekarang, namun itulah manusia. Terlalu banyak duit hingga RM 50.00 dianggap seperti 50 sen. Bagi mereka yaang jenis tak bersyukur dengan apa yang ada, RM 50.00 macam sapu tangan atau tisu yang boleh dibuang begitu sahaja selepas digunakan


Namun, tika miskin & terdesak, RM 1.00 dianggap nilai yang cukup besar cukup besar dan berharga. Dibelanjakan taknak, dibazirkan pun taknak. Lebih teruk kalau ada yang dapat 10 sen/sehari. Astaghfirullah... Itulah manusia, insan pelupa yang sering melupakan apa yang dimilikinya.

Bila kesuntukkan masa, kita benar-benar manfaatkan setiap saat yang diberikan oleh Allah SWT dengan penuh teliti. Tapi bila kita memiliki masa lapang, kesenangan & pelbagai kemewahan dunia, lihat sahajalah, ramai yang sambil lewa menggunakannya, bukankah itu 'boros & membazir' dalam menguruskan masa. Bukankah ianya amalan NATES a.k.a. SETAN (syaitan la'natullah).

Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu...

[1] Demi masa! [2] Sesungguhnya manusia benar-benar di dalam kerugian [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati (untuk) tetap (dalam keadaan) kesabaran. 
[ al-Asr 103: 1-3]

" Kedua-dua kaki anak Adam tidak akan berganjak di Padang Mahsyar pada Hari Kiamat nanti sehingga dia  ditanya kepadanya tentang 4 perkara, tentang umur, kemana ia telah di habiskan..." [H.R. at-Tirmidzi]

Wednesday, January 26, 2011

Indahnya Cinta....




(klik pada gambar untuk zoom)
Tengah dok layan internet, bertembung dengan satu blog yang menghimpunan sahabat2 yang berdakwah dengan kartun, boleh kata 'islamic cartoon' jgk la. Mesej yang ingin disampaikan mudah untuk di fahami... Kalau ada komik mcm ni kan best...

Monday, January 24, 2011

Hati: Bahaya Kalau Tak Jaga

Memang tidak dapat dinafikan, kita sering memikirkan pandangan manusia terhadap apa yang kita lakukan. Kita senantiasa mengharapkan 'approval' dari makhluk bernama MANUSIA semata-mata. Maka segala perkara yang kita lakukan hanyalah apa yang 'dibenarkan' oleh manusia. Jesteru, tidak pelik apabila ada sesetengah golongan atau kelompok manusia sanggup menolak apa yang telah Allah SWT tetapkan atau turunkan ke atasnya.


Tidak kurang juga ada segelintir insan yang sering mengikut pandangan mata hatinya yang dibaluti oleh nafsu syahwat menyebabkan perkara baik menjadi buruk dan yang buruk dipandang lebih indah pada pandangannya. Na'uzubillah hi minzalik...

Bagi yang cerdik pandai pula, sering kali mereka ini terbabas dek kerana percayakan ilmu yang dipelajarinya sudah cukup untuk memandunya dalam mengharungi kehidupan (dengan ilmu) yang sememangnya terhad jika di bandingkan dengan ilmu Allah Azza wa Jalla yang tidak terbatas kerana Dia yang mencipta akan kehidupan ini.

Namun, Allah Maha Mengetahui akan sesuatu perkara, dalam lautan manusia sekarang ini masih ada yang berpegang dengan panduan yang turunnya dari Ilahi. Tidak berganjak mereka mempertahankan dan mengamalkannya sepenuh hati demi mengharap redha Allah Yang Maha Suci. Mereka ini, sentiasa mencuci hati dengan pelbagai cara asalkan hidup mereka di pandu oleh Allah.

Kerana itu, hati yang berpandukan petunjuk Allah Yang Maha Esa. JOM SAMA-SAMA KITA JAGA HATI, MOGA SENTIASA DIPANDU ILAHI...


Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz
Tajuk : Mata Hati
http://liriknasyid.com

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Sunday, January 23, 2011

TIDORLA...!

Ape ke hey teman tak boleh tidor ni? Nak kata teman memikior, takde la pulak. Ish, rasa-rasa teman sebab teman tertidor lepas maghrib tadi gamaknye. Tapi 20 minit je teman terlelap. Habis le teman esok, udah le esok banyak benda teman nak buat. Harap-harap la teman dapat buat koje tu semua dalam keadaan sedar, kalau tak jadi macam adik ni...

Saturday, January 22, 2011

Zam Zam alla Kazzam...

Nak berubah bukan senang, tapi kena ada azam, ada strategi, & matlamat perubahan yang mampu serta boleh kita capai. Ada orang nak cuba capai CGPA 4.00 (sebab aku kat universiti lagi la, ni je contoh senang yang aku boleh bagi). Azam nak capai tu ada, tapi strategi nak capai takde langsung. Study pun ikut suka, kalau takde mood, tak study la. Macam dalam peperangan, alat ketenteraan lengkap, ahli tenteranya ramai, tapi strategi nak serang takde, bila panglima kat "SERANG...", semua ikut pergi serang. Hayun pedang bagai harimau yang kelaparan. Tapi... akhirnya kecundang... lepas tu salahkan orang lain sebagai punca mengapa kita kalah.

Merancang itu perlu kerana ia menjadikan kita tahu motif atau tujuan yang kita lakukan. Teringat pulak pada ceramah Kiyai Aa Abdullah Gymnastiar. Kiyai Aa memberi contoh dalam solat yang merupakan aktiviti rutin seorang Muslim (kalau tak solat, tak tau la kan), cuba dengar petikan dari ceramah beliau...


Maksudnya apa sahaja yang kita lakukan, terutama sekali dalam konteks nak melakukan perubahan diri, kita kena tahu tujuan kita. Dalam masa yang sama, sekadar tahu tujuan, ada strategi tapi tak yakin adakah ianya akan berjaya atau tidak juga menjadi satu masalah.


PERCAYA DAN BERJAYA, bukan PERCAYA VS BERJAYA... konsep yakin itu penting. Dengan keyakinan, kita mampu merubah sesuatu yang kita anggap mustahil kepada sesuatu yang kita mampu lakukan. Apa pun perubahan yang ingin kita lakukan sebagai seorang Muslim, ingat kita perlu ada:

  1. Azam untuk melakukan perubahan, kemudian,
  2. Tujuan yang mampu dan boleh kita laksanakan mengikut,
  3. Strategi yang betul dan 
  4. Yakin yang kita mampu melakukan perubahan dalam diri.
"...Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri merubah keadaan yang ada pada diri mereka..." [Surah ar-Ra'd 13:11]

Friday, January 21, 2011

Bila Iman Tiada...

Innalillahhiwainna ilahirojiun...

Kesian kat 2 orang member aku, tengah diorang syok2 layan pertandingan bola sepak kat padang pukul 10 am, ada pulak hamba Allah yang runtuh imannya mencuri notebook diorang. Apabila nafsu tidak mampu dikawal, maka mudah bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk melakukan sesuatu yang tak ingin dilakukannya sebelum ini. Jesteru, dalam konteks ini iman perlu kuat... sekadar mengucapkan syahadah sahaja tidak mencukupi.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Seorang yang berzina, tidak akan melakukan zina itu ketika dia berkeadaan sempurna imannya. Dan seseorang yang hendak meminum arak, tidak akan meminum arak itu semasa dia dalam keadaan sempurna imannya. Dan seseorang yang MENCURI, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa dia berada dalam keadaan SEMPURNA IMANNYA. Dan seseorang yang melakukan rompakan, yang lazimnya menjadikan mangsa yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa dia berada dalam keadaan sempurna imannya " [ H.R. Bukhari & Muslim ]

Mohon agar Allah sentiasa pelihara iman kita semua...

SUBUH SUBUH SUBUH

Suruh kejut, tapi tak bangun. Itulah lemahnya & liatnya manusia nak bangun Subuh. Namun itulah fungsinya kita memohon kepada Allah, mohon petunjuk-Nya. Tapi kalau sekadar memohon petunjuk namun tiada usaha tiada gunanya.

A     : Abang, nanti Subuh kejut saya tau...
Aku : Boleh je, ko jangan tak bangun pulak bila abang dah kejut ko nanti...
A     : Saya mesti bangun punye...

==== 30 minit sebelum masuk waktu Subuh ====

Aku : A, bangun subuh cepat...
A     : Ha, aaa ok2.. (lepas tu tido balik)

===== Lepas azan subuh =====

Aku : Bangun bangun Subuh, cepat... turun pegi surau sekarang..
A     : Umm, ha ye2... (duduk atas katil)

===== Lepas habis solat subuh =====

Aku : Ha! Dah solat?
A     : Dah la bang...

Belajarlah wahai adik-adikku untuk bangun Subuh sebab besar ganjaran yang menanti kalian jika kamu  benar-benar mengerjakannya kerana Allah Ta'ala...

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." [ H.R. Abu Dawud ]

Followers