Memang tidak dapat dinafikan yang setiap manusia wujud ada tujuan. Kewujudan kita akan sia-sia jika tanpa tujuan kerana itu yang akan membentuk akan diri kita ini di sepanjang jalan tersebut. Tetapi yang mana harus di pilih?
Apa kesudahannya?
Baik atau buruk?
Hidup atau mati?
Aku bukan insan yang memahami agama secara keseluruhannya dengan baik. Malah aku belum pernah belajar dengan mana-mana ahli agama yang betul-betul membuatkan minda ku berfikir dan adakala dapat mengeluarkan pendapat yang ku yakini ianya benar dari al-Qur'an dan Hadis, aku mohon ampun dari Allah jika pendapat ku membuatkan aku menegakkan sesuatu yang batil.
Ada kala diri aku merasa tertekan dengan keinginan manusia yang perlu aku penuhi, dalam masa yang sama kehendak Tuhanku seringku abaikan. Namun, aku masih lagi bersyukur kerana masih dikurniakan keinginan untuk lebih mengetahui ajaran agamaku.
BAHAGIAMU, BUKAN BAHAGIAKU???
Tidak hairan jika manusia gemar mengejar suatu yang digelar duniawi, kerana bagi mereka itu yang dikatakan sebagai kebahagiaan. Benar, ada manusia bahagia apa yang dia peoleh di dunia, namun kelak di merana di akhirat.
Ada manusia menderita di dunia, namun bahagia di akhirat. Namun, ada manusia yang ingin bahagia di dunia juga bahagia di akhirat. Jika tidak dirasakan pahitnya, mana mungkin rasa manisnya...
Aku mencari apa yang membuat hatiku rasa tidak tenteram, aku tahu bahawa manusia yang beriman hanya mengejar keredhaan Allah untuk mengecap kebahagiaan yang hakiki, namun apakah caranya?
TIDAK MENOLAK KEBENARAN
Aku solat, aku baca al-Qur'anul Karim, aku mengingati hadis-hadis yang ku hafal, aku selusuri sirah Baginda saw, as-Salafu as-Soleh, para tabi'in dan sebagainya. Perasaan seperti mereka yang berjuang demi Allah itu tidak kekal lama di hati.
Apakah hatiku sudah gelap, tanpa ada cahaya yang dapat menembusi agar kembali menyinar atau sudah mati hatiku untuk terus merasa takut akan balasan dari Allah terhadap hamba yang mengingkarinya.
Orang bijak pandai ada menyebut "Batu yang keras pun boleh retak, inikan pula hati manusia...".
Aku melihat ramai contoh manusia yang bertepuk nur hidayah Allah di hati mereka, namun apakah aku juga akan tergolong bersama-sama mereka?
Hanya Tuhan Yang Mengetahui Segalanya...
No comments:
Post a Comment