Thursday, January 27, 2011

Masa: Guna Dengan Bijaksana

Dah mula cuti mid-semester yob, balik Perak le... dalam sibuk mem'packing' barang, baru teringat, selama ni aku balik, pejam celik pejam celik dah kena balik universiti. Kejap je rasa masa tu berlalu.

Insyallah, aku cuba atur jadual supaya tiada masa yang terabai atau leka buat benda yang tak berfaedah. & sia-sia dalam masa yang agak terhad sebab semakin kita menuju akhir zaman ini, semakin ramai yang mengabaikan masa atau menggunakan masa dengan perkara yang lagha (sia-sia).

Walaupun dapat cuti seminggu je, ia cukup berharga...MASA ITU EMAS. Masa, boleh kita beli dengan wang ringgit? Hatta disuruh tukar dengan nyawa sekalipunpun, belum tentu kita dapat tukar dengan 1 saat yang berlalu pergi meninggalkan kita.

Masa umpama harta yang banyak, masa itu ibarat pedang...


Lalai dalam mengurus masa sama seperti lalainya kita dalam mengurus  wang ringgit atau harta. Bukan senang-senang nak cari harta sekarang, namun itulah manusia. Terlalu banyak duit hingga RM 50.00 dianggap seperti 50 sen. Bagi mereka yaang jenis tak bersyukur dengan apa yang ada, RM 50.00 macam sapu tangan atau tisu yang boleh dibuang begitu sahaja selepas digunakan


Namun, tika miskin & terdesak, RM 1.00 dianggap nilai yang cukup besar cukup besar dan berharga. Dibelanjakan taknak, dibazirkan pun taknak. Lebih teruk kalau ada yang dapat 10 sen/sehari. Astaghfirullah... Itulah manusia, insan pelupa yang sering melupakan apa yang dimilikinya.

Bila kesuntukkan masa, kita benar-benar manfaatkan setiap saat yang diberikan oleh Allah SWT dengan penuh teliti. Tapi bila kita memiliki masa lapang, kesenangan & pelbagai kemewahan dunia, lihat sahajalah, ramai yang sambil lewa menggunakannya, bukankah itu 'boros & membazir' dalam menguruskan masa. Bukankah ianya amalan NATES a.k.a. SETAN (syaitan la'natullah).

Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu...

[1] Demi masa! [2] Sesungguhnya manusia benar-benar di dalam kerugian [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati (untuk) tetap (dalam keadaan) kesabaran. 
[ al-Asr 103: 1-3]

" Kedua-dua kaki anak Adam tidak akan berganjak di Padang Mahsyar pada Hari Kiamat nanti sehingga dia  ditanya kepadanya tentang 4 perkara, tentang umur, kemana ia telah di habiskan..." [H.R. at-Tirmidzi]

Wednesday, January 26, 2011

Indahnya Cinta....




(klik pada gambar untuk zoom)
Tengah dok layan internet, bertembung dengan satu blog yang menghimpunan sahabat2 yang berdakwah dengan kartun, boleh kata 'islamic cartoon' jgk la. Mesej yang ingin disampaikan mudah untuk di fahami... Kalau ada komik mcm ni kan best...

Monday, January 24, 2011

Hati: Bahaya Kalau Tak Jaga

Memang tidak dapat dinafikan, kita sering memikirkan pandangan manusia terhadap apa yang kita lakukan. Kita senantiasa mengharapkan 'approval' dari makhluk bernama MANUSIA semata-mata. Maka segala perkara yang kita lakukan hanyalah apa yang 'dibenarkan' oleh manusia. Jesteru, tidak pelik apabila ada sesetengah golongan atau kelompok manusia sanggup menolak apa yang telah Allah SWT tetapkan atau turunkan ke atasnya.


Tidak kurang juga ada segelintir insan yang sering mengikut pandangan mata hatinya yang dibaluti oleh nafsu syahwat menyebabkan perkara baik menjadi buruk dan yang buruk dipandang lebih indah pada pandangannya. Na'uzubillah hi minzalik...

Bagi yang cerdik pandai pula, sering kali mereka ini terbabas dek kerana percayakan ilmu yang dipelajarinya sudah cukup untuk memandunya dalam mengharungi kehidupan (dengan ilmu) yang sememangnya terhad jika di bandingkan dengan ilmu Allah Azza wa Jalla yang tidak terbatas kerana Dia yang mencipta akan kehidupan ini.

Namun, Allah Maha Mengetahui akan sesuatu perkara, dalam lautan manusia sekarang ini masih ada yang berpegang dengan panduan yang turunnya dari Ilahi. Tidak berganjak mereka mempertahankan dan mengamalkannya sepenuh hati demi mengharap redha Allah Yang Maha Suci. Mereka ini, sentiasa mencuci hati dengan pelbagai cara asalkan hidup mereka di pandu oleh Allah.

Kerana itu, hati yang berpandukan petunjuk Allah Yang Maha Esa. JOM SAMA-SAMA KITA JAGA HATI, MOGA SENTIASA DIPANDU ILAHI...


Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz
Tajuk : Mata Hati
http://liriknasyid.com

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Sunday, January 23, 2011

TIDORLA...!

Ape ke hey teman tak boleh tidor ni? Nak kata teman memikior, takde la pulak. Ish, rasa-rasa teman sebab teman tertidor lepas maghrib tadi gamaknye. Tapi 20 minit je teman terlelap. Habis le teman esok, udah le esok banyak benda teman nak buat. Harap-harap la teman dapat buat koje tu semua dalam keadaan sedar, kalau tak jadi macam adik ni...

Saturday, January 22, 2011

Zam Zam alla Kazzam...

Nak berubah bukan senang, tapi kena ada azam, ada strategi, & matlamat perubahan yang mampu serta boleh kita capai. Ada orang nak cuba capai CGPA 4.00 (sebab aku kat universiti lagi la, ni je contoh senang yang aku boleh bagi). Azam nak capai tu ada, tapi strategi nak capai takde langsung. Study pun ikut suka, kalau takde mood, tak study la. Macam dalam peperangan, alat ketenteraan lengkap, ahli tenteranya ramai, tapi strategi nak serang takde, bila panglima kat "SERANG...", semua ikut pergi serang. Hayun pedang bagai harimau yang kelaparan. Tapi... akhirnya kecundang... lepas tu salahkan orang lain sebagai punca mengapa kita kalah.

Merancang itu perlu kerana ia menjadikan kita tahu motif atau tujuan yang kita lakukan. Teringat pulak pada ceramah Kiyai Aa Abdullah Gymnastiar. Kiyai Aa memberi contoh dalam solat yang merupakan aktiviti rutin seorang Muslim (kalau tak solat, tak tau la kan), cuba dengar petikan dari ceramah beliau...


Maksudnya apa sahaja yang kita lakukan, terutama sekali dalam konteks nak melakukan perubahan diri, kita kena tahu tujuan kita. Dalam masa yang sama, sekadar tahu tujuan, ada strategi tapi tak yakin adakah ianya akan berjaya atau tidak juga menjadi satu masalah.


PERCAYA DAN BERJAYA, bukan PERCAYA VS BERJAYA... konsep yakin itu penting. Dengan keyakinan, kita mampu merubah sesuatu yang kita anggap mustahil kepada sesuatu yang kita mampu lakukan. Apa pun perubahan yang ingin kita lakukan sebagai seorang Muslim, ingat kita perlu ada:

  1. Azam untuk melakukan perubahan, kemudian,
  2. Tujuan yang mampu dan boleh kita laksanakan mengikut,
  3. Strategi yang betul dan 
  4. Yakin yang kita mampu melakukan perubahan dalam diri.
"...Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri merubah keadaan yang ada pada diri mereka..." [Surah ar-Ra'd 13:11]

Friday, January 21, 2011

Bila Iman Tiada...

Innalillahhiwainna ilahirojiun...

Kesian kat 2 orang member aku, tengah diorang syok2 layan pertandingan bola sepak kat padang pukul 10 am, ada pulak hamba Allah yang runtuh imannya mencuri notebook diorang. Apabila nafsu tidak mampu dikawal, maka mudah bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk melakukan sesuatu yang tak ingin dilakukannya sebelum ini. Jesteru, dalam konteks ini iman perlu kuat... sekadar mengucapkan syahadah sahaja tidak mencukupi.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Seorang yang berzina, tidak akan melakukan zina itu ketika dia berkeadaan sempurna imannya. Dan seseorang yang hendak meminum arak, tidak akan meminum arak itu semasa dia dalam keadaan sempurna imannya. Dan seseorang yang MENCURI, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa dia berada dalam keadaan SEMPURNA IMANNYA. Dan seseorang yang melakukan rompakan, yang lazimnya menjadikan mangsa yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa dia berada dalam keadaan sempurna imannya " [ H.R. Bukhari & Muslim ]

Mohon agar Allah sentiasa pelihara iman kita semua...

SUBUH SUBUH SUBUH

Suruh kejut, tapi tak bangun. Itulah lemahnya & liatnya manusia nak bangun Subuh. Namun itulah fungsinya kita memohon kepada Allah, mohon petunjuk-Nya. Tapi kalau sekadar memohon petunjuk namun tiada usaha tiada gunanya.

A     : Abang, nanti Subuh kejut saya tau...
Aku : Boleh je, ko jangan tak bangun pulak bila abang dah kejut ko nanti...
A     : Saya mesti bangun punye...

==== 30 minit sebelum masuk waktu Subuh ====

Aku : A, bangun subuh cepat...
A     : Ha, aaa ok2.. (lepas tu tido balik)

===== Lepas azan subuh =====

Aku : Bangun bangun Subuh, cepat... turun pegi surau sekarang..
A     : Umm, ha ye2... (duduk atas katil)

===== Lepas habis solat subuh =====

Aku : Ha! Dah solat?
A     : Dah la bang...

Belajarlah wahai adik-adikku untuk bangun Subuh sebab besar ganjaran yang menanti kalian jika kamu  benar-benar mengerjakannya kerana Allah Ta'ala...

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." [ H.R. Abu Dawud ]

Followers