Wednesday, April 25, 2012

JANGAN PUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH SWT

Sabtu yang lepas (21/4/2012) saya berkesempatan pergi menonton Konsert RHYTHM OF SOUL (dapat tiket free, hehehe... suka yang amat. terima kasih kepada iluvislam.com). Awal jugak la datang sebab naik komuter. Sementara tunggu azan solat mahgrib di Masjid Negara, ada seorang 'brader' panggil, nama dia 'Sham' (bukan nama sebenar) asal Changlun, Kedah. Tujuan ke Kuala Lumpur? Lari dari kakaknya tanpa sehelai sepinggang, lepas tu minta bantuan untuk balik Kedah semula. Masyallah...

Bila dia sampai di Pudu Sentral, dia terus ke Masjid Negara. Akibat tiada sebarang saudara di Kuala Lumpur dan tiada duit, masjid menjadi tempat dia berteduh. Dia cuba mohon bantuan kewangan untuk pulang semula ke Kedah melaui Imam di Masjid Negara, malangnya dia dianggap sebagai penipu. Na'uzubillah...

Sebaik habis azan maghrib, saya hulurkan beberapa ringgit sebab dah 2 hari tidak makan. Dia tanya saya, "Apa pendapat abang (nak balik dengan cara macam mn atau duit ni untuk beli makanan), sebab abang  yang bagi rezeki kat saya.." Dalam hati, Allah yang beri rezeki dan Allah yang takdirkan saya untuk bertemu dengan kamu. "Baik, abang beli makanan sebab abang perlukan tenaga, kalau abang nak balik sekarang pun tidak boleh sebab tidak cukup, kalau cukup pun belum pasti abang mampu terus balik rumah bila sampai Changlun.."

Saya agak kecewa dengan jabatan agama Islam, apabila ada mereka yang memerlukan memohon bantuan, dianggap sebagai penipu dan sebagainya. Sebelum ini juga, saya pernah kena tipu dengan seorang pakcik, cukup bergaya 'pakcik' tersebut. Berkopiah, berkemeja , berseluar jeans bersama sebuah beg bimbit di tangan, pakcik tersebut datang ke arah saya yang baru sampai dari Muadzah Shah. Cerita tersebut mungkin sudah didengar oleh ramai orang yang ditemuinya. Selepas puas mendesak untuk dapatkan wang, saya hulurkan RM 2 dan kemudian saya beredar, ketika itu saya berada di KL Sentral. Beberapa bulan kemudian saya jumpa pakcik yang sama di PWTC, saya dalam perjalanan menuju PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2010.

Ramai orang berputus asa dengan rahmat Allah, sehingga sanggup mencari rezeki dengan cara yang haram. Malaysia yang mempunyai ratusan badan-badan kebajikan, NGO's dan jabatan Islam, namun dek kegagalan dalam mengurus kebajikan ummat Islam, ramai yang mula berpaling tadah dari agama seperti isu yang berlaku di Selangor pada tahun 2011.

Untuk sahabat-sahabat, hulurkanlah bantuan mengikut keikhlasan mu agar mereka melihat keindahan Islam dan mempercayai bahawa Islam itu ternyata sebuah agama yang indah.

p/s: ikhlas itu mempercayai, adakah anda percaya kepada Allah swt?

No comments:

Followers