Sudah sekian lama tidak meng'update' blog. Banyak perkara yang berlaku yang sebaik-baiknya tidaklah perlu saya nyatakan di sini. Namun, ada beberapa perkara yang mungkin perlu kita lihat semula keadaan kita sekarang ini, bila saya maksud 'kita', kita adalah ummah. Melihat kita tenggelam dalam peredaran zaman yang semakin maju dan membangun, menyebabkan kita lupa akan perkara-perkara asas yang menjadi beriman sebagai muslim.
Tatkala ramai yang ingin menjadi muslimin dan muslimat, kita sering 'lompat'dalam isu-isu mendalam yang sarat dengan pelbagai disiplin ilmu sehingga kita lupa untuk melihat apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan al-Hadis yang asas dan pegangan ummat Islam dalam menempuh zaman yang penuh cabaran. Semuanya kembali kepada tarbiyah.
Untuk menyahut cabaran untuk men'tarbiyyah' diri saya dengan tujuan yang satu untuk mendapat redha Allah subhanahu wa ta'ala.Insya'allah, saya akan memulakan kembara tarbiyyah saya di utara tanah air.
p/s: Mohon doa sahabat-sahabat semua agar saya sentiasa kuat semangat dan bercita-cita tinggi dalam menegakkan kebenaran kerana Allah dan rasul-Nya sallallahhu alaihi wassalam...
No comments:
Post a Comment