Jihad
adalah suatu tuntutan agama yang disyariatkan untuk menghapuskan segala
bentuk kebatilan,kezaliman dan kefasikan di muka bumi.Oleh itu orang
yang enggan berjihad dan menghalang umat islam daripada berjuang di
jalan Allah s.w.t adalah termasuk orang-orang munafik dan
Sahabat
Rasulullah s.a.w adalah orang yang masuk Islam dan beriman dengan
Baginda s.a.w semasa hayatnya.Para sahabt Rasulullah s.a.w adalah yang
mewarisi dan berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan sunnahnya dalam
segala aspek kehidupannya.
Adapun orang-orang Islam sama ada
secara sedar atau tidak,menghina atau mencerca perilaku sikap dan
perjuangan para sahabat Rasulullah s.a.w adalah dianggap melanggar
larangan baginda s.a.w.berdosa besar dan termasuk golongan orang-orang
munafik.
28.MEMAKAN HARTA ANAK YATIM
Dalam
islam anak yatim bermaksud anak yang ditinggal mati oleh ayahnya semasa
dia masih kecil atau belum dewasa.Orang yang bertanggungjawab atau ahli
waris yang beramanah menjaga dan memelihara anak yatim,jika memakan
harta anak yatim dengan cara yang zalim adalah berdosa besar dan
tergolong orang munafik.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ
ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ أَمۡوَٲلَ ٱلۡيَتَـٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا
يَأۡڪُلُونَ فِى بُطُونِهِمۡ نَارً۬اۖ وَسَيَصۡلَوۡنَ سَعِيرً۬ا (١٠)
Ertinya:
"Sesungguhnya
orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya
mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula
akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala." (10) (An-Nisa':10)
Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَأۡكُلُوهَآ إِسۡرَافً۬ا وَبِدَارًا أَن يَكۡبَرُواْۚ وَمَن كَانَ غَنِيًّ۬ا فَلۡيَسۡتَعۡفِفۡۖ
Ertinya:
"Dan
janganlah kamu makan harta anak yatim lebih daripada batas berpatutan
dan(janganlah kamu)tergesa-gesa(membelanjakannya)sebelum mereka
dewasa.Barangsiapa(di antara penjaga)mampu,maka hendaklah dia menahan
diri(daripada makan harta anak yatim)."
(An-Nisa':6)
Para ulama berkata:'
Bagi
setiap wali atau penjaga anak yatim,jika dia berada dalam keadaan
miskin,dibolehkan baginya memakan sebahagian harta anak yatim dengan
cara yang baik menurut sekadar keperluannya sahaja,tidak boleh
berlebihan dan jika berlebihan,maka dia menjadi haram.
29.MEMBUKA RAHSIA ORANG LAIN.
Setiap
manusia tentu memiliki rahsia tersendiri.Dalam,Islam,jika seseorang
mengetahui keburukan orang lian kemudian diceritakan dikhalayak
ramai,maka perbuatan ini adalah berdosa besar dan ciri-ciri orang
munafik.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ
ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِۚ وَٱللَّهُ
يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (١٩)
Ertinya:
"Sesungguhnya
orang-orang yang ingin agar(berita)perbuatan yang amat keji itu tersiar
di kalangan orang-orang beriman,bagi mereka azab yang pedih di dunia
dan akhirat.Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(An-Nur:19)
Islam menyuruh umatnya agar menutup dan menjaga rahsia sesama orang islam yang dikenali.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Barangsiapa yang dapat menutup rahsia sesama muslim,maka Allah s.w.t akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat."
(HR.Muslim)
30.BERASA AMAN DARIPADA MURKA ALLAH S.W.T APABILA MELAKUKAN DOSA
Apabila
seseorang melakukan sesuatu dosa kemudian dia berasa selamat daripada
murka dan seksaan Allah s.w.t,maka anggapan ini adalah berdosa besar dan
amalan orang-orang munafik.Allah s.w.t akan membalas perbuatan dosa
dengan hukuman seksa di hari kiamat nanti.
Firman Allah s.w.t:
فَلَمَّا
نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦ فَتَحۡنَا عَلَيۡهِمۡ أَبۡوَٲبَ ڪُلِّ
شَىۡءٍ حَتَّىٰٓ إِذَا فَرِحُواْ بِمَآ أُوتُوٓاْ أَخَذۡنَـٰهُم بَغۡتَةً۬
فَإِذَا هُم مُّبۡلِسُونَ (٤٤)
Ertinya:
"Maka
ketika mereka lupa peringatan yang telah diberikan kepada mereka,Kami
membuka semua pintu kesenangan untuk mereka,sehingga apabila mereka
bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka,Kami seksa
mereka dengan sekonyong-konyong maka ketika itu mereka diam berputus
asa."
(Al-An'am:44)
31.MEMANGGIL ORANG DENGAN GELARAN BURUK YANG TIDAK DISUKAI.
Memanggil
seseorang dengan gelaran buruk yang tidak disukai adalah dilarang dalam
islam kerana ia boleh menjejaskan atau menjatuhkan maruah dan nama baik
di kalangan orang ramai.Perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik
dan boleh mencetus pergaduhan antara satu sama lain.
Firman Allah s.w.t:
وَلَا
تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِۖ بِئۡسَ
ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ
فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (١١)
Ertinya:
"Dan
janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.Seburuk
buruk panggilan ialah yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak
bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Al-Hujurat:11)
32.MENGHALANG ORANG DARIPADA MENGAMALKAN AJARAN ISLAM.
Orang
yang menghalang umat islam daripada mengamalkan ajaran islam adalah
tergolong orang-orang munafik yang amat dibenci dalam islam.Islam
menggalakkan umatnya agar sama-sama saling mengingati dengan mengamalkan
ajaran Islam secara menyeluruh.
Firman Allah s.w.t:
قُلۡ
يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ مَنۡ
ءَامَنَ تَبۡغُونَہَا عِوَجً۬ا وَأَنتُمۡ شُهَدَآءُۗ وَمَا ٱللَّهُ
بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ (٩٩)
Ertinya:
"Katakanlah
hai ahli kitab mengapa kamu menghalang-halang dari jalan Allah s.w.t
orang-orang yang telah beriman,kamu mengkehendakinya menjadi bengkok
padahal kamu menyaksikan?Allah s.w.t sekali-kali tidak lalai daripada
apa yang kamu kerjakan."
(Ali Imran:99)
33.SUKA KEPADA KESESATAN DAN MENYESATKAN ORANG.
Islam
menghendaki umatnya agar mengamalkan hidup pada jalan yang benar dalam
segala aspek sebagaimana yang digariskan di dalam Al-Quran dan sunnah.Di
samping itu Islam melarang umatnya,terutama golongan yang berilmu agar
tidak menyalahgunakan ilmu yang baik untuk menipu dan menyesatkan orang
lain untuk tujuan dan kepentingan tertentu yang bertentangan dengan
suariat islam.
Setiap muslim bertanggungjawab membebaskan diri
daripada melakukan yang benar dan baik,agar tidak tergolong dalam
golongan orang-orang munafik yang suka menyesatkan orang.
Firman Allah s.w.t:
أَلَمۡ
تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبً۬ا مِّنَ ٱلۡكِتَـٰبِ يَشۡتَرُونَ
ٱلضَّلَـٰلَةَ وَيُرِيدُونَ أَن تَضِلُّواْ ٱلسَّبِيلَ (٤٤)
Ertinya:
"Apakah
kamu tidak melihat orang-orang yang telah diberi bahagian dari
al-Kitab(Taurat)?Mereka membeli(memilih)kesesatan dan mereka bermaksud
supaya kamu tersesat dari jalan(yang benar)."
(An-Nisa':44)
34.BERMUKA DUA.
Sikap
bermuka dua adalah salah satu daripada ciri-ciri orang munafik kerana
mereka apabila diajak untuk mengikut jalan Allah s.w.t dengan sengaja
melambat-lambatkan dan tidak mahu,tetapi jika diajak pada jalan yang
dilarang Allah s.w.t,mereka cepat menanggapinya dan senang hati
mengikutnya,bahkan menjadi pelopornya.
Firman Allah s.w.t :
وَإِذَا
لَقُواْ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ
إِلَىٰ شَيَـٰطِينِهِمۡ قَالُوٓاْ إِنَّا مَعَكُمۡ إِنَّمَا نَحۡنُ
مُسۡتَہۡزِءُونَ (١٤)
Ertinya:
"Apabila mereka berjumpa
dengan orang-orang beriman mereka mengatakan."Kami telah beriman.'Dan
apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka,mereka
mengatakan:'Sesungguhnya kami tetap bersama kamu,kami hanya
mempermainkan mereka."
(Al-Baqarah:14)
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Kamu
akan menjumpai di antara hamba-hamba Allah s.w.t pada hari kiamat
kelak,orang yang bermuka dua yang mendatangi mereka ini suatu
pembicaraan dan mereka ini dengan suatu pembicaraan(lain)."
(HR.Bukhari dan Muslim)
35.MENYANJUNG DAN MEMUJI ORANG TANPA DIKETAHUI KEADAAN SEBENARNYA
Sanjungan
dan pujian terhadap seseorang adalah kerana perbuatan dan
perkataannya.Akan tetapi sanjungan dan pujian yang baik dan ikhlas
terhadap sesama muslim adalah dibolehkan dalam islam.Namun
demikian,sanjungan dan pujian yang berlebihan dan tidak sesuai dengan
kenyataan yang dipuji adalah dilarang dalam islam dan tergolong amalan
orang-orang munafik untuk merosak peribadi seseorang muslim.
Sesungguhnya
Allah s.w.t tidak menyukai umat islam menyanjung dan memuji orang-orang
yang ingkar kepadanya seperti orang kafir,munafik dan fasik kerana
boleh menambahkan kesombongan dan keingkaran mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t marah apabila orang fasik dipuji."
(HR.Ibnu Abiddunya dan Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Hamburkanlah tanah pada muka orang-orang yang memuji itu."
(HR.Muslim)
36.SOMBONG DI ANTARA SESAMA MANUSIA
Sombong
adalah perilaku yang menolak kebenaran dan eremehkan orang lain dengan
anggapan kelebihan dan kehebatan tidak dapat ditandingi.Biasanya sifat
sombong ini disebabkan oelh ilmu,ibadah dan keturunan dan kecantikan
yang dimiliki oleh seseorang yang mudah dipengaruhi nafsu.
Bersikap
sombong terhadap sesama muslim atau manusia seluruhnya adalah dilarang
dalam islam kerana ia boleh mendatangkan kebencian dan kehinaan daripada
orang lain serta amat dibenci oleh Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن ڪَانَ مُخۡتَالاً۬ فَخُورًا (٣٦)
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri."
(An-Nisa':36)
Bersikap
sombong dan membangga diri adalah amalan orang-orang munafik dan
termasuk kufur terhadap nikmat Allah s.w.t . Oleh itu,Allah s.w.t
memberi balasan azab terhadap mereka yang bersikap sombong dalam
pergaulan dengan sesama manusia.
Firman Allah s.w.t:
لَا جَرَمَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعۡلِنُونَۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُسۡتَكۡبِرِينَ (٢٣)
Ertinya:
"Tidak
dirahui lagi bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mengetahui apa yang mereka
rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan.Sesungguhnya Allah s.w.t tidak
menyukai orang-orang yang sombong."
(An-Nahl:23)
Firman Allah s.w.t:
وَيَوۡمَ
ٱلۡقِيَـٰمَةِ تَرَى ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَى ٱللَّهِ وُجُوهُهُم
مُّسۡوَدَّةٌۚ أَلَيۡسَ فِى جَهَنَّمَ مَثۡوً۬ى لِّلۡمُتَكَبِّرِينَ
(٦٠)
Ertinya:
"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat
orang-orang yang berbuat dusta terhdap Allah s.w.t,mukanya menjadi
hitam.Bukanlah neraka itu sebagai tempat bagi orang-orang yang
menyombong diri."
(Az-Zumar:60)
Firman Allah s.w.t:
فَٱدۡخُلُوٓاْ أَبۡوَٲبَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيہَاۖ فَلَبِئۡسَ مَثۡوَى ٱلۡمُتَكَبِّرِينَ (٢٩)
Ertinya:
"Maka
masukilah pintu-pintu neraka Jahannam,kamu kekal di dalamnya.Maka amat
buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu."
(An-Nahl:29)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Daripada
Nabi s.a.w baginda s.a.w bersabda."Tidak akan masuk syurga seseorang
yang mempunyai sifat sombong(dihati)walaupun hanya sebesar zarah."
(HR.Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Dan
Allah s.w.t berfirman:'Kemegahan itu sarung-Ku dan kesombongan itu
adalah selendang-Ku.Barangsiapa yang memiliki(slah satu)daripada
kedua-duanya,nescaya Aku akan campakkan dia ke dalam neraka."
(HR.Muslim)
Dalam Hadith Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Tiada
seorangpun berjalan dengan sombong dan menyombongkan dirinya,melainkan
dia akan bertemu dengan llah s.w.t dengan mendapat kemurkaan0Nya."
(HR.Tabari)
37. SUKA BERBANTAH DAN BERTENGKAR SESAMA MUSLIM.
Perbuatan
suka bertengkar dan berbantah dengan sesama muslim dalam perkara kecil
dan remeh adalah dilarang dalam islam kerana akan menimbulkan renggang
dan kurangnya hubungan silaturrahim serta akan mengurangkan kesempurnaan
iman seseorang serta tergolong ciri-ciri munafik.
Firman Allah s.w.t:
لَّا
خَيۡرَ فِى ڪَثِيرٍ۬ مِّن نَّجۡوَٮٰهُمۡ إِلَّا مَنۡ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ
أَوۡ مَعۡرُوفٍ أَوۡ إِصۡلَـٰحِۭ بَيۡنَ ٱلنَّاسِۚ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ
ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ فَسَوۡفَ نُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا
(١١٤)
Ertinya:
"Tidak ada kebaikan perkataan
mereka,kecuali kata-kata orang yang menyuruh bersedekah atau mengajak
berbuat baik atau mendamaikan orang yang berselisih."
(An-Nisa':114)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Seseorang
tidak akan mencapai kesempurnaan hakikat iman sehingga dia meninggalkan
berbantah-bantah walaupun dia di pihak yang benar."
(HR.Ibnu Abid Danya)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Tinggalkan berbantah-bantah kerana sesungguhnya berbantahan itu tidak diketahui hikmahnya dan tidak diamankan daripada fitnah."
(HR.Tabrani)
38. MELAMPAUI BATAS YANG DIGARISKAN OLEH ALLAH S.W.T
Perbuatan
melampaui batas yang digariskan oleh Allah s.w.t bererti menurut
kehendak hawa nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan
yang benar sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.
Firman Allah s.w.t:
قُلۡ
يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَا تَغۡلُواْ فِى دِينِڪُمۡ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ
وَلَا تَتَّبِعُوٓاْ أَهۡوَآءَ قَوۡمٍ۬ قَدۡ ضَلُّواْ مِن قَبۡلُ
وَأَضَلُّواْ ڪَثِيرً۬ا وَضَلُّواْ عَن سَوَآءِ ٱلسَّبِيلِ (٧٧)
Ertinya:
"Katakanlah
hai ahli kitab,janganlah kamu melampaui batas selain kebenaran dalam
agamamu dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu daripada suatu kaum
sebelummu yang telah sesat dan menyesatkan ramai manusia dan mereka juga
telah tersesat dari jalan yang bear."
(Al-Maidah:77)
Orang-orang
yang hidup berlandaskan semata-mata kerana dorongan hawa nafsu dalam
menikmati segala kurnia dan nikmah Allah s.w.t.,akan sentiasa berada
jauh dari jalan kebenaran.Mereka sanggup mengubah segala ketentuan Allah
s.w.t seperti menghalalkan yang haram,mengubah ayat-ayat Allah s.w.t
dan sebagainya sehingga Allah s.w.t mengunci hati mereka,lalu mereka
tidak dapat membezakan batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t dan
Rasul-Nya.
Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُحَرِّمُواْ طَيِّبَـٰتِ مَآ أَحَلَّ ٱللَّهُ
لَكُمۡ وَلَا تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ
(٨٧)
Ertinya:
"Hai
orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengharamkan sesuatu yang baik
yang telah dihalalkan Allah s.w.t bagimu dan janganlah kamu melampaui
batas."
(Al-Maidah:87)
Firman ALLAH S.W.T:
كَذَٲلِكَ نَطۡبَعُ عَلَىٰ قُلُوبِ ٱلۡمُعۡتَدِينَ (٧٤)
Ertinya:
"Demikianlah Kami mengunci mati hati orang-orang yang melampaui batas."
(Yunus:74)
39.BERPUTUS ASA DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP.
Orang
yang berputus asa dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup adalah
mereka yang tidak bersabar terhadap sesuatu yang ditakdirkan Allah s.w.t
dalam usaha memperolehi rahmat Allah s.w.t.Sikap berputus asa dalam
menghadapi realiti hidup berpunca daripada kelemahannya iman dan
keyakinan terhadap kekuasaan Allah s.w.t,sedangkan disebalik kegagalan
itu ada tersirat sesuatu rahmat dan hikmah yang besar yang akan
diberikan Allah s.w.t.
Dalam islam,orang-orang yang berputus asa
dalam menangani kesusahan hidup adalah tergolong orang orang yang sesat
dan munafik kerana tidak mempunyai keyakinan terhadap kekuasaan dan
kebesaran Allah s.w.t yang boleh mengatasi segala sesuatu.
Firman Allah s.w.t:
قَالُواْ بَشَّرۡنَـٰكَ بِٱلۡحَقِّ فَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡقَـٰنِطِينَ (٥٥)
Ertinya:
"Sahut mereka:"Janganlah kamu termasuk orang-orang yang berputus asa."
(Al-Hijr:55)
Allah s.w.t berfirman:
قَالَ وَمَن يَقۡنَطُ مِن رَّحۡمَةِ رَبِّهِۦۤ إِلَّا ٱلضَّآلُّونَ (٥٦)
Ertinya:
"Ibrahim berkata:"Tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya,kecuali orang-orang yang sesat."
(Al-Hijr:56)
Firman Allah s.w.t:
قُلۡ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ
Ertinya:
"Katakanlah:"Hai
hamba-hamba-KU yang melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah s.w.t."
(Az-Zumar:53)
Firman Allah s.w.t:
وَإِذَآ
أَذَقۡنَا ٱلنَّاسَ رَحۡمَةً۬ فَرِحُواْ بِہَاۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ
سَيِّئَةُۢ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيہِمۡ إِذَا هُمۡ يَقۡنَطُونَ (٣٦)
Ertinya:
"Dan
apabila Kami merasakan suatu rahmat kepada manusia,nescaya mereka
gembira dnegan rahmat itu.Dan apabila mereka ditimpa sesuatu
musibah(bahaya)disebabkan kesalahan yang telah dilakukan oleh tangan
mereka sendiri,tiba-tiba mereka berputus asa."
(Ar-Rum:36)
40. MEMBAZIR DALAM MEMANFAATKAN NIKMAT ALLAH S.W.T
Islam
menyuruh umatnya hidup serba sederhana dalam segala aspek dan melarang
membazir dalam menikmati segala kurniaan Allah s.w.t.Segala harta yang
dimiliki tidak boleh dibelanjakan pada jalan yang bertentangan dengan
syariat islam.
Firman Allah s.w.t:
وَءَاتِ ذَا ٱلۡقُرۡبَىٰ حَقَّهُ ۥ وَٱلۡمِسۡكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرۡ تَبۡذِيرًا (٢٦)
Ertinya:
"Dan janganlah kamu membazirkan hartamu secara boros."
(Al-Isra':26)
Orang-orang yang boros dalam membelanjakan harta dengan sia-sia adalah tergolong orang-orang munafik dan golongan syaitan.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا (٢٧)
Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan sangat ingkar kepada Tuhannya."
(Al-Isra':26)
41. KELUH KESAH APABILA DITIMPA MUSIBAH.
Setiap
orang tidak terlepas daripada mengalami musibah yang ditakdirkan Allah
s.w.t yang hanya untuk menguji keimanan kepada Allah s.w.t.Oleh itu
setiap muslim yang beriman kepada Allah s.w.t,tidak seharusnya merasakan
keluh kesah apabila mendapat sesuatu musibah atau bahaya yang
ditentukan oleh Allah s.w.t kerana itu tergolong orang-orang munafik
yang tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
إِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ جَزُوعً۬ا (٢٠) وَإِذَا مَسَّهُ ٱلۡخَيۡرُ مَنُوعًا (٢١) إِلَّا ٱلۡمُصَلِّينَ (٢٢)
Ertinya:
"Apabila
ia ditimpa kesusahan,ia berkeluh kesah dan apabila ia mendapat kebaikan
ia amat kikir,kecuali orang yang mengerjakan solat."
(Al-Ma'rij:20-22)
42. MENGKHIANAT SESUATU AMANAH.
Mengkhianat
sesuatu amanah adalah seseorang yang mendapat kepercayaan daripada
orang lain tetapi ia tidak memenuhi amanah yang dipercayakan
kepadanya.Dalam islam amanah wajib dijaga dan dipelihara agar tidak
menghilangkan kepercayaan dan kejujuran.
Perbuatan mengkhianati sesuatu amanah adalah dilarang dan tergolong amalan orang-orang yang akan mendapat kemurkaan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ
أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٢٧)
Ertinya:
"Hai
orang-orang beriman,janganlah kamu mengkhianati Allah s.w.t dan Rasul
dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu
sedangkan kamu mengetahui."
(An-Anfal:27)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Belum beriman bagi orang tidak amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji."
(HR Ahmad,Bazzar dan Tabrani)
Ada
ulama yang mengatakan apabila ada seseorang yang tekun mengerjakan
solat,puasa,mengerjakan haji dan banyak mengerjakan amal soleh,tetapi
tidak beramanah terhadap sesuatu,maka menjadi sia-sialah amal mereka dan
tiada memperolehi petunjuk dan dimurkai Allah s.w.t.
43. MEMUTUSKAN SILATURRAHIM.
Mencadangkan
dan mengekalkan hubungan silaturrahim adalah dituntut dalam islam.Oleh
itu,seseorang yang memutuskan tali silaturrahim akan menyebabkan
terputusnya hubungan kekeluargaan sahabat handai dan sesama muslim
bahkan termasuk ciri-ciri orang manafik.
Firman Allah s.w.t:
وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (١)
Ertinya:
"Dan
bertaqwalah kepada Allah s.w.t yang dengan nama-NYA kamu saling meminta
satu sama lain dan (peliharalah)hubungan silaturrahim.Sesungguhnya
Allah s.w.t sentiasa menjaga dan mengawasi kamu.'
(An-Nisa':1)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim."
(HR.Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Barang siapa yang suka rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan,maka hendaklah ia menyambung silaturrahim."
(HR.Muslim)
44. MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN MUSLIMIN.
Islam
meyuruh umatnya agar hidup bersatupadu dalam kesatuan aqidah dan
iman.Justeru itu,perbuatan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian
natara sesama muslim adalah dilarang dalam Islam kerana akan menyebabkan
pengabaian terhadap amanah Allah s.w.t sebagai khalifah dalam mentadbir
kehidupan ummah,sikap demikian boleh membawa kepada kejatuhan dan
kehancuran umat Islam sehingga mendatangkan bala bencana dan azab Allah
s.w.t.
Firman Allah s.w.t:
وَٱعۡتَصِمُواْ
بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ
ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ
فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا
Ertinya:
"Berpegang
teguhlah kamu sekalian kepada tali(agama)Allah s.w.t dan janganlah kamu
berpecah belah dan ingatlah akan nikmat Allah s.w.t ke atas kamu ketika
kamu telah bermusuhan,lalu disatukan hatimu sehingga kamu menjadi
saudara dengan nikmatnya."
(Ali Imran:103)
Firman Allah s.w.t:
وَلَا
تَتَفَرَّقُواْ فِيهِۚ كَبُرَ عَلَى ٱلۡمُشۡرِكِينَ مَا تَدۡعُوهُمۡ
إِلَيۡهِۚ ٱللَّهُ يَجۡتَبِىٓ إِلَيۡهِ مَن يَشَآءُ وَيَہۡدِىٓ إِلَيۡهِ
مَن يُنِيبُ (١٣)
Ertinya:
"Dan
janganlah kamu berpecah belah dalam agama.Berat bagi orang-orang
musyrik(menerima)apa yang kamu sarakan kepada mereka(mengesakan Allah
s.w.t),Allah s.w.t memilih kepadanya siapa yang dikehendaki-Nya dan
menunjuk siapa yang kembali kepada-NYA."
(Asy-Syura:13)
Orang
yang suka memecahbelahkan perpaduan umat Islam adalah tergolong orang
munafik yang sentiasa memusuhi islam secara myata dan mereka patut
diperangi.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Barangsiapa
diantara seseorang yang datang kepadamu sedangkan keadaanmu bersatu
yang dikehendaki oleh orang itu untuk dipisahkan persatuanmu,maka
bunuhlah dia."
(HR.Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Sesungguhnya
bakal terjadi berbagai fitnah dan perkara-perkara baru.Barangsiapa
memecahbelahkan urusan umat yang sudah bersatu ini,maka pukullah ia
ddengan pedang,siapapun dia orangnya."
(HR.Muslim)
45. MENGHALALKAN PERKARA YANG HARAM.
Dalam
syariat Islam segala sesuatu yang halal atau haram adalah jelas
sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah.Justeru itu,umat
Islam tidak boleh atau dilarang menghalalkan sesuatu yang telah
diharamkan oleh Allah s.w.t dan Rasul-NYA.Perbuatan menghalalkan yang
haram dan mengharamkan yang halal adalah berdosa besar hukumnya dan
tergolong amalan orang munafik.
Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ ٱللَّهِ
وَرَسُولِهِۦۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬
(١)
Ertinya:
"Hai
orang-orang yang beriman,janganlah kamu mendahului(dengan perbuatan
atau perkataan)sebelum Allah s.w.t dan Rasul-NYA dan takutlah kepada
Allah s.w.t.Sesungguhnya Allah Maha Mendengarlagi Maha Mengetahui."
(Hujurat:1)
Firman Allah s.w.t:
تَعۡتَدُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ (٨٧)
Ertinya:
"Hai
orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengharamkan(makanan) yang
baik-baik yang telah dihalalkan Allah s.w.t bagimu dan janganlah kamu
melampaui batas.Sesungguhnya Allah s.w.t tiada mengasihi orang yang
melanggar batas."
(Al-Maidah:87)
Firman Allah s.w.t:
وَلَا
تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلۡسِنَتُڪُمُ ٱلۡكَذِبَ هَـٰذَا حَلَـٰلٌ۬
وَهَـٰذَا حَرَامٌ۬ لِّتَفۡتَرُواْ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَۚ إِنَّ
ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ (١١٦)
Ertinya:
"Janganlah
kamu berkata dusta menurut yang diterangkan oleh lidahmu sendiri.Ini
halal dan ini haram,supaya kamu mengadakan dusta terhadap Allah s.w.t.
Sesungguhnya orang yang mengadakan dusta terhadap Allah s.w.t tiada
perolehi kemenangan."
(An-Nahl:116)
46. MEMBUAT KEROSAKAN DIMUKA BUMI.
Islam
menyuruh umatnya menjalani kehidupan yang aman dan sejahtera
berlandaskan iman dan takwa.Setiap muslim wajib menjauhi dan
meninggalkan segala bentuk perbuatan yang boleh merosakkan diri
sendiri,masyarakat,agama dan negara.Oleh itu,seseorang yang melakukan
kerosakan di muka bumi ini seperti maksiar dan segala bentuk dosa besar
adalah tergolong orang-orang munafik yang amat dimurkai Allah s.w.t dan
akan mendapat balasan azab dari-Nya di hari akhirat.
Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا
قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ
مُصۡلِحُونَ (١١) أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا
يَشۡعُرُونَ (١٢)
Ertinya:
"Apabila
dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu berbuat bencana dimuka
bumi'.maka jawab mereka:'Hanya kami berbuat kebaikan.Ingatlah
sesungguhnya mereka itu berbuat bencana,tetapi mereka tiada sedar."
(Al-Baqarah:11-12)
Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا
تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِى ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ
وَٱلنَّسۡلَۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ (٢٠٥)
Ertinya:
"Apabila
ia berpaling,ia berusaha di muka bumi berbuat kebinasaan dan merosakkan
tanaman dan anak-anak.Dan Allah s.w.t tiada mengasihi kebinasaan itu."
(Al-Baqarah:205)
Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِى ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٧٧)
Ertinya:
"Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi.Sesungguhnya Allah s.w.t tiada mengasihi orang-orang yang berbuat bencana itu.'
(Al-Qasas:77)
47. MENUDUH ORANG BERIMAN cerdik sungguh.
Orang
munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu
pengetahuan tentang perkara yang bermanfaat dan yang
memudaratkan.Justeru itu,mereka mudah menuduh orang beriman cerdik
sungguh atau kurang ilmu pengetahuan dalam menangani urusan kehidupan.
Firman Allah s.w.t:
وَإِذَا
قِيلَ لَهُمۡ ءَامِنُواْ كَمَآ ءَامَنَ ٱلنَّاسُ قَالُوٓاْ أَنُؤۡمِنُ
كَمَآ ءَامَنَ ٱلسُّفَهَآءُۗ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلسُّفَهَآءُ وَلَـٰكِن
لَّا يَعۡلَمُونَ (١٣)
Ertinya:
"Apabila
dikatakan mereka:'Berimanlah kamu sebagaimana manusia beriman',Mereka
berkata:'Apakah kami beriman sebagaimana orang-orang cerdik sungguh yang
telah beriman.Ketahuilah sesungguhnya mereka itulah yang sebenarnya
cerdik sungguh,tetapi mereka tidak mengetahui.""
(Al-Baqarah:13)
Berdasarkan
ayat diatas,jelas orang-orang yang munafik adalah golongan yang cerdik
sungguh kerana mereka hidup berlandaskan kesesatan dan kejahilan serta
tidak dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
48. MENGUBAH DAN MENYALAHGUNAKAN AYAT-AYAT ALLAH S.W.T
Al-Quran
yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia adalah
suci,mengandungi kebenaran yang hak,sentiasa sesuai sepanjang zaman dan
terpelihara daripada sebarang bentuk yang boleh mencemarkan atau
merosakkannya.
Adapun orang yang tidak berilmu pengetahuan
luas,cuba mengubah dan mentafsirkan kebenaran Al-Quran mengikut
kehendak sendiri atau kerana didorong oleh kepentingan tertentu,maka
mereka adalah termasuk golongan orang-orang munafik yang sentiasa hendak
menghancurkan umat islam,Al-Quran dan sunnah.
Firman Allah s.w.t:
وَءَامِنُواْ
بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ
كَافِرِۭ بِهِۦۖ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬
وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ (٤١)
Ertinya:
"Dan
berimanlah kamu kepada(Kitab) yang aku turunkan yang
membenarkan(kitab)yang ada serta kamu dan janganlah orang yang mula-mula
kafir(ingkar)dengan dia dan janganlah kamu jual ayat-ayat-Ku dengan
wang yang sedikit takutlah kepada-Ku."
(Al-Baqarah:41)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Barangsiapa mentafsirkan Al-Quran dengan pendapatnya sahaja,maka tempatnya dalam neraka."
(HR.At-Tarmizi)
49. BERSUMPAH DENGAN SELAIN NAMA ALLAH S.W.T
Bersumpah
dengan selain nama Allah s.w.t pada perkara batil dan maksiar adalah
dilarang keras dalam islam.Oleh itu,umat islam hendaklah sentiasa
berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu sumpah agar tidak berlawanan
dengan prinsip ajaran Al-Quran dan sunnah serta tidak mendatangkan
kemurkaan Allah s.w.t
Perbuatan bersumpah dengan selain nama
Allah s.w.t pada perkara dusta dan sebagainya adalah amalan orang-orang
munafik mengakui kebenaran sesuatu kedakwaannya.
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ
ٱلَّذِينَ يَشۡتَرُونَ بِعَهۡدِ ٱللَّهِ وَأَيۡمَـٰنِہِمۡ ثَمَنً۬ا
قَلِيلاً أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَا خَلَـٰقَ لَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ وَلَا
يُڪَلِّمُهُمُ ٱللَّهُ وَلَا يَنظُرُ إِلَيۡہِمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ
وَلَا يُزَڪِّيهِمۡ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ (٧٧)
Ertinya:
"Sesungguhnya
orang yang menukar janji Allah s.w.t dan sumpah-sumpah mereka dengan
harga yang sedikit.Mereka itu tidak mendapat kebahagian(pahala)di
akhirat dan Allah tidak akan berbicara dengan mereka dan tidak akan
melihat mereka pada hari kiamat dan tidak akan mensucikan mereka.Bagi
mereka azab yang pedih."
(Ali Imran:77)
Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"janganlah sekali-kali kamu bersumpah dengan nama taghut dan kepada nama-nama ayahmu."
(HR.Muslim)
Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
"Daripada
Ibnu Umar r.a bahawa ia mendengar seorang lelaki berkata:'Demi
kaabah,lalu dia(Ibnu Umar)berkata:Janganlah kamu bersumpah dengan selain
Allah s.w.t,sebab saya mendengar Rasulullah s.a.w berkata:'Barangsiapa
bersumpah dengan selain nama Allah s.w.t,maka sungguh dia telah kafir
dan syirik."
(HR.At-Tirmizi)
50. BERASA GEMBIRA APABILA MUSIBAH MENIMPA ORANG BERIMAN.
orang
munafik mempunyai prasangka yang buruk terhadap kaum muslimin.Oleh
itu,apabila mereka mendengar kaum muslimin mendapat sesuatu musibah
mereka cuba menyebarluaskan berita dukacita itu kepada masyarakat sambil
memperlihatkan simpati dan kesedihannya.Tetapi pada nasib malang yang
dialami oleh kaum muslimin.
Firman Allah s.w.t:
إِن تُصِبۡكَ
حَسَنَةٌ۬ تَسُؤۡهُمۡۖ وَإِن تُصِبۡكَ مُصِيبَةٌ۬ يَقُولُواْ قَدۡ
أَخَذۡنَآ أَمۡرَنَا مِن قَبۡلُ وَيَتَوَلَّواْ وَّهُمۡ فَرِحُونَ (٥٠)
Ertinya:
"Jika
kamu mendapat kebajikan,nescaya menyakitkan hati mereka,tetapi jika
kamu ditimpa musibah(bala),mereka berkata:"Sesungguhnya kami telah
waspada daripada dahulu,lalu mereka berpaling dengan sukacita."
(At-Taubah:50)
Orang munafik tidak akan senang,tetapi jika kamu
tetapi
jika kamu ditimpa musibah(bala),mereka berkata:"Sesungguhnya kami telah
waspada daripada dahulu,lalu mereka berpaling dengan
Sukacita(bergembira)."
Orang munafik tidak akan senang apabila umat Islam mencapai kejayaan atau kenikmatan.
Demikianlah
secara ringkas pembahasan tanda-tanda orang munafik berdasarkan
keterangan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w .Semoga ianya dapat
dijadikan introspeksi diri setiap muslim dalam menuju wawasan gidup
berlandaskan aqidah yang murni dan diredhai Allah s.w.t di dunia dan
akhirat.
Rujukan
1.Al-Quran Al-Karim
2.At-Targhib T-Tarhib,Imam Al-Munziri
3.Al-Kabir,Imam Syamsuddin Az-Zahabi
4.Ih ya ulumiddin,IMam Al-Ghazali
5.Jamius Sahih,Imam Bukhari dan Imam Muslim
6.Sahih Muslim,Imam Muslim
7.Tafsir Al-Quran Karim,Prof.Dr.Mahmud Yunus