Sunday, March 18, 2012

SAYA HANYA INGIN TAHU

Saya hairan kenapa ada sebahagian orang kerap bertanya sesuatu perkara yang bukan dalam bidang saya untuk menyatakan pandangan, terutama dalam perkara-perkara berkaitan agama. Saya tidak kata anda tidak boleh bertanya tetapi biarlah kepada ahlinya. Kerana mereka pakar dalam bidang tersebut. Jika tidak mengapa hanya orang-orang tertentu sahaja yang memegang jawatan atau bekerja dalam bidang tersebut. Kerana mereka ahli dalam bidang tersebut. Biar pun ada beberapa soalan tersebut saya jawab tetapi ia hanya berdasarkan apa yang tahu. Boleh jadi apa yang saya tahu itu salah dan boleh jadi saya betul.

Sejak kecil hinggalah ke sekarang ini, saya sentiasa menjadikan diri saya untuk sentiasa tahu. Sebab itu saja perkara yang saya bagus dalam melakukannya. Saya yang ingin jadi orang yang 'alim, saya tidak pandai dan tidak tahan menjadi seorang 'abid kerana bagi saya, seorang 'alim ialah orang banyak memberi malah pemberiaannya dalam perkara yang dia tahu tidak pernah berkurang. Kerana itu saya suka tahu...

PERANTAU: AKU MENCARI DIRI

Setiap kali mendengar lagu 'Perantau' nyanyian kumpulan the Zikr, membuatkan saya sentiasa mencari diri saya yang sebenar. Untuk memahami diri yang adakala mengalami konflik emosi, rohani, fizikal dan pengetahuan. Seringkali membuat diri saya tertanya-tanya akan diri ini, kenapa aku begini? 

Demi Allah yang menciptakan semua yang bernyawa dan tidak bernyawa, saya tak kenal siapa diri saya. Saya seperti kehilangan suatu ilmu (jika boleh ia dikatakan sebagai ilmu) dalam mengetahui siapa diri saya sebenarnya. Sungguh memang saya buntu mencari jalan dan ikhtiar yang boleh saya fikirkan untuk mengisi 'ruang kosong' dalam minda saya mengenai hakikat diri saya.

Insyallah, dalam saya masih meneruskan perjalanan menuju akhirat, akan saya terus mencari dan memahami walaupun belum pasti ke mana pengakhirannya nanti tapi saya pasti menjadi  insan yang mengenal nilai diri atas agama yang saya cintai ini...

Followers