Sunday, April 24, 2011

Ummat Islam Sentiasa Boleh

Yup! Apa yang orang Islam tak boleh buat? Cakap je.

Tak solat?

Zina?

Pecah amanah?

Tak tutup aurat?

Hisap dadah?

Senang kata semua boleh, tapi masalahnya semua tak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada Islam malah menambah fitnah kepada Islam. Dari situ Islam di pandang hina, teruk, tak boleh pakai, sedangkan Islam merupakan agama yang benar & ajarannya selari dengan fitrah kejadian manusia. Sebab itulah ummat Islam gagal untuk berdakwah kepada mereka yang bukan Islam. Dakwah Islam bukan hanya tertumpu pada Muslim sahaja tetapi bukan Muslim juga.


DAKWAH BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI



[2] Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? [3] Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salam, Ya Mu'min, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir.. Kirimkanlah kepada 9 orang Asma Allah ini, insyallah kamu akan mendapat berita baik esok. Siapa yang tidak menghiraukannya maka akan mendapat nasib buruk selama 6 tahun. Apakah anda tidak mahu mengorbankan 9 sen kerana Asma Allah? Dalam waktu 1 jam anda akan mendapat rezeki yang tiada tara jumlahnya. Jangan dipermainkan. Demi Allah, ini amanah & jangan padam sebelum dikirimkan kepada 9 orang." begitulah mesej yang saya terima dari seseorang yang saya kenal.

Pelik dan teruknya orang Islam sekarang. Mengajak orang berda'wah dengan cara mengugut. Kenapa ummat Islam begitu mudah percaya pekara seperti ini? Sedangkan kita adalah ummat Iqra', ummat yang berilmu tetapi kenapa masih ada yang melakukan perkara ini? Da'wah tidak kena pada caranya, biarpun niatnya baik. 

Niat tidak menghalalkan cara.

Saya paling suka ayat "...Siapa yang tidak menghiraukannya maka akan mendapat nasib buruk selama 6 tahun..." Siapa diri ini kita untuk mengatakan orang lain akan menimpa nasib buruk dang sebagainya? Allah tidak pernah menjatuh kesusahan kepada hamba-Nya melainkan mereka sendiri yang melakukannya.

KITA MULIA HANYA DENGAN ISLAM


Kita merupakan ummat yang hanya mulai dengan memilih Islam sebagai cara hidup, jika kita pilih selainnya maka Allah SWT akan gantikan dengan suatu ummat yang lain. Mahukah kita perkara ini berlaku?

Ummat Islam terdahulu telah membuktikkannya, mengapa kita tidak mahu mengecap kemulian ini?


MENUJU WAWASAN - Suara Firdaus


Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh,

Umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat Islam sentiasa boleh

umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha, bersatu tuju
wawasan dunia dan akhirat
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

umat islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh.

wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amaanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah

akidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
ulama warisan anbiya'
ajaran sesat wajib dihindari
pegangan mereka harus diikut


Wednesday, April 6, 2011

Tauhid Itu Wajib

Manusia mana yang selalu ingat Allah ketika mana senang & susah yang di alaminya di dunia ni? Ada, tapi tak ramai. Mengapa jadi begitu? Bukankah ramai di antara kita yang lahir dari ibu muslim dan bapa muslim?

Sekarang jika lihat ramai yang tidak mengerjakan apa yang Allah perintahkan untuk hambanya lakukan... Orang tak solat fardhu sudah menjadi perkara biasa, tidak menutup aurat (bukan sekadar tutup rambut sahaja) sudah menjadi lali, pergaulan bebas antara lelaki & perempuan adalah suatu yang 'normal', baik lelaki mahupun perempuan, baik yang tua mahupun yang muda.

TAK KENAL TUHAN

"Nabi ajar sahabat untuk kenal Allah dahulu, bukan kenal sejadah..." salah seorang pensyarah saya ketika tazkirah zuhur di Balai Islam.

Awal-awal agama adalah mengenal Tuhan

Hakikatnya ramai tak 'kenal' Allah, tempat mereka untuk memohon ketika susah, kecewa, sedih... ketika senang, bagaimana pula? Allah bukan di ingatan meraka, bukan di mulut mereka, apatah lagi di hati mereka. Adakala saya sendiri pelik, kenapa jemaah tabligh (saya tidak katakan mereka teruk atau salah) hanya mengajak orang untuk solat tetapi bukan mengajak orang mengenal Tuhan kerana itu Sunnah Rasulullah yang paling besar yang wajib (bukan patut tetapi wajib) kita laksanakan sebagai muslim.

Nabi & rasul mana yang Allah utuskan kepada sesuatu ummat, mengajak ummatnya untuk solat dahulu? Tiada, semua mengajak ummatnya untuk mengenal Allah, Tuhan Yang Esa yang tiada sekutu baginya.


TAK TAKUT TUHAN

Sebab tu, ramai yang tak risau dengan azab yang bakal menimpa mereka di neraka kelak dan tidak benar-benar mengejar syurga akhirat kerana telah merasa syurga dunia.

Ya Allah, janganlah Engkau palingkan kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi

Followers